Sunday, May 1, 2011

Reverse Psychology.....

Dee : Is there anything you want me to change once we get married?

Aim : Like what?

Dee : Like my dressing style? Do I need to wear hijab?

Aim : Don't worry too much bout that. You come around it once you're ready. Just be the
         good person you always are and just remember one single thing -  I'LL BE RESPONSIBLE FOR
         WHATEVER WRONG YOU DO, AND I NEED TO ANSWER LATER...

I got the message that he is impliedly saying and I wouldn't want him to be the one to answer for all my wrong doing........



****************************************

Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Walaubagaimanapun Suami atau ayah akan menanggung dosa kecuaiannya kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. 



Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)



Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.




“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.


..............................................................................................................................











~~Till Next Time~~

No comments: